Thursday 21 November 2013

Bertemakan KEMANUSIAAN

dan selamat sejahtera.....

saya masih baru dalam dunia blogger ni...
Jadi saya mulakan blog ini dengan sebuah sajak:

Dini hari
manusia semakin alpa dan leka
hanya mengejar wang dan harta
serta memburu duniawi sahaja
tanpa memikirkan akhirat yang kekal selamanya

Demi wang
ada yang sanggup membunuh 
tanpa adanya belas dan kasihan
ke mana hilangnya perikemanusiaan?
orang yang miskin ditindas
orang yang lemah dibiarkan
hanya mementingkan diri semata-mata

Demi harta
apa yang salah menjadi benar
sifat kemanusiaan semakin pudar
kanak-kanak menjadi mangsa
maruah wanita menjadi taruhan
keringat manusia disalah guna

Sedarlah wahai manusia 
semaikan nilai keprihatinan 
jangan kerana harta dunia 
hilang kebahagiaan untuk selamanya.

sekian sahaja dari saya semoga para pembaca suka akan karya yang tidak seberapa ini.
dicipta oleh:
Nur Anisah Binti Bakhtiar